7/10/11

PERBARISAN HARI KEMERDEKAAN NEGARA YANG KE-54 DI DATARAN MERDEKA

PASUKAN PANCARAGAM JPK.DBKL  telah terlibat secara langsung dengan perbarisan Hari Kemerdekaan Negara yang Ke-54 di Dataran Merdeka .Penglibatan PASUKAN PANCARAGAM JPK.DBKL di Perbarisan Hari Kemerdekaan Negara adalah salah satu aktiviti yang biasa dilakukan.Aktitviti pada tahun ini lebih meriah walaupun ia diadakan pada pagi hari jumaat dengan cuaca yang baik dapat disempunakan dengan jayanya.Bagi anggota baru PASUKAN PANCARAGAM JPK DBKL ini adalah detik permulaan untuk transformasi baru seperti yang disarankan oleh Perdana Menteri kita.

Melalui Jalan Raja Laut menuju ke pentas utama membuat lintas hormat

Menunggu untuk bergerak dengan dikeliling oleh orang ramai sekitar jalan Raja Laut

5/10/11

PERBARISAN HARI WILAYAH PERSEKUTUAN 2011 DI DATARAN MERDEKA

PASUKAN PANCARAGAM JPK DBKL sekali lagi terlibat dengan acara tahunan sambutan HARI WILAYAH PERSEKUTUAN 2011 yang disambut pada 01hb FEBRUARY setiap tahun.Pada tahun ini sambutan HARI WILAYAH telah disambut lebih awal iaitu pada 29hb JANUARI 2011.PASUKAN PANCARAGAM JPK DBKL telah diberi tanggungjawab untuk mengiringi Kawalan Kehormatan JPK untuk pemeriksaan kawalan kehormat oleh Tetamu Utama Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyidin Mohd Yassin.
Bersedia mengiringi Kawalan Kehormatan
Mengiringi Kawalan Kehormatan
Menunggu ketibaan Tetamu Utama ( VVIP )
Lagu Tabik Hormat Timbalan Perdana Menteri Malaysia
Tan Sri Muhyidin Mohd Yassin memeriksa  Kawalan Kehormatan diiringi Menteri Wilayah Persekutuan 

Berjalan keluar mengiringi Kawalan Kehormatan