7/10/11

PERBARISAN HARI KEMERDEKAAN NEGARA YANG KE-54 DI DATARAN MERDEKA

PASUKAN PANCARAGAM JPK.DBKL  telah terlibat secara langsung dengan perbarisan Hari Kemerdekaan Negara yang Ke-54 di Dataran Merdeka .Penglibatan PASUKAN PANCARAGAM JPK.DBKL di Perbarisan Hari Kemerdekaan Negara adalah salah satu aktiviti yang biasa dilakukan.Aktitviti pada tahun ini lebih meriah walaupun ia diadakan pada pagi hari jumaat dengan cuaca yang baik dapat disempunakan dengan jayanya.Bagi anggota baru PASUKAN PANCARAGAM JPK DBKL ini adalah detik permulaan untuk transformasi baru seperti yang disarankan oleh Perdana Menteri kita.

Melalui Jalan Raja Laut menuju ke pentas utama membuat lintas hormat

Menunggu untuk bergerak dengan dikeliling oleh orang ramai sekitar jalan Raja Laut

5/10/11

PERBARISAN HARI WILAYAH PERSEKUTUAN 2011 DI DATARAN MERDEKA

PASUKAN PANCARAGAM JPK DBKL sekali lagi terlibat dengan acara tahunan sambutan HARI WILAYAH PERSEKUTUAN 2011 yang disambut pada 01hb FEBRUARY setiap tahun.Pada tahun ini sambutan HARI WILAYAH telah disambut lebih awal iaitu pada 29hb JANUARI 2011.PASUKAN PANCARAGAM JPK DBKL telah diberi tanggungjawab untuk mengiringi Kawalan Kehormatan JPK untuk pemeriksaan kawalan kehormat oleh Tetamu Utama Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyidin Mohd Yassin.
Bersedia mengiringi Kawalan Kehormatan
Mengiringi Kawalan Kehormatan
Menunggu ketibaan Tetamu Utama ( VVIP )
Lagu Tabik Hormat Timbalan Perdana Menteri Malaysia
Tan Sri Muhyidin Mohd Yassin memeriksa  Kawalan Kehormatan diiringi Menteri Wilayah Persekutuan 

Berjalan keluar mengiringi Kawalan Kehormatan

18/09/11

PERSEMBAHAN PASUKAN PANCARAGAM DI MINES SERI KEMBANGAN 2011 ( 12.03.2011)

PASUKAN PANCARAGAM JPK DBKL telah mengadakan persembahan di Mines Seri Kembangan sempena Majlis Harijadi Pengerusi Public Bank. PASUKAN PANCARAGAM JPK DBKL ini juga terlibat dengan majlis keraian dari sektor swasta. Persembahan kali ini sempena Ulang tahun hari jadi beliau yang...........Beliau adalah salah seorang tokoh bank yang berjaya di Malaysia dan merupakan orang ketiga terkaya di Malaysia.
Memulakan acara persembahan pentas
Menunggu untuk memulakan persembahan di tempat ditentukan oleh penganjur.
Menanti kedatangan Pengerusi Public  Bank di pentas utama



16/09/11

PASUKAN PANCARAGAM JPK.DBKL

Blog PASUKAN PANCARAGAM JPK.DBKL ini diwujudkan untuk mempamerkan aktiviti-aktiviti yang disertai oleh Pasukan Pancaragam khas untuk kakitangan Pasukan Pancaragam juga untuk tatapan dan tontonan awam dimana sahaja anda berada.